Showing posts with label Dunia Sana Sini. Show all posts
Showing posts with label Dunia Sana Sini. Show all posts

Gambar ‘Acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014’



Gambar-gambar dari video ‘'Malaysia Nude Sports Games 2014' in Teluk Bahang’ Pulau Pinang yang dimuatnaik ke laman sesawang Vimeo.


Video kontroversi 'Malaysia Nude Sports Games 2014' in Teluk Bahang, Pulau Pinang yang tersebar di Internet itu memaparkan kegiatan nudis, yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka dalam keadaan bogel.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, di sini Jun lalu.

Terdapat juga video yang berdurasi 5 minit 25 saat yang dimuat naik bertajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014' (Acara Sukan Bogel Malaysia 2014) merupakan video versi penuh.

Terdapat beberapa lagi video pesta bogel turut dimuat naik pemilik akaun itu sejak beberapa bulan lalu.



 Latar belakangnya kelihatan seperti Taman Negara Hutan Simpan di Teluk Bahang. Pihak berkuasa Taman Negara mesti menyiasat perkara tersebut dan meneliti rekod pendaftaran mereka untuk memastikan jika terdapat mana-mana kumpulan yang dilihat menganjurkan acara nudis seperti ditunjukkan dalam video berkenaan.







 Adalah dipercayai acara tersebut berlangsung kira-kira tiga bulan lalu. Proses untuk memeriksa rekod tersebut mungkin memakan masa kerana lokasi tersebut menerima 50,000 pengunjung.

Adalah diharapkan agar individu yang bertanggungjawab merakam video tersebut tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu.

Acara tersebut tidak mungkin dijalankan secara rahsia atau di lokasi eksklusif memandangkan kawasan Hutan Simpan Taman Negara itu boleh dikunjungi pihak awam.

Kita juga berharap supaya video ini dipadamkan kerana ia bukan saja menjejaskan Pulau Pinang tetapi juga Malaysia secara keseluruhannya.

Sementara itu pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyebaran video bertajuk 'Acara Sukan Bogel di Teluk Bahang' yang disebarkan secara meluas di laman sosial.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga akan mengesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.

"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya ketika dihubungi.
+

Doktor Haiwan Maut Gara-Gara Merakam Gambar 'Selfie' Dengan Pistol

Oscar Aguilar


TINDAKAN seorang doktor haiwan merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.

Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.

Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.

Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.

Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.

Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru. “Ketika kami sampai di situ, Aguilar masih hidup,” menurut pihak polis.

Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.

Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook.

Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri.

Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah.
+

Klip Video Pegawai Kanan Polis Bergaduh Sakan Di Balai Polis Tersebar




  
Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan video memaparkan aksi gaduh antara pelajar perempuan pailang, seterusnya dua guru yang dah nak pencen di sebuah sekolah.

Bagaimanapun sebagai mana kita maklum, pihak yang terlibat sudah pun dikenakan tindakan selepas video pergaduhan mereka tersebar.

Apa yang mengejutkan kini terdapat pula rakaman pergaduhan melibatkan pegawai kanan polis yang giat beredar di laman-laman sosial. Ia dipercayai dirakam secara curi-curi oleh seorang anggota polis di sebuah balai.



+

Cara Semak 'Blacklist' CTOS & CCRIS







CARA SEMAK 'CTOS'
Credit Tip Off Service (CTOS)

CTOS Sdn. Bhd adalah sebuah badan syarikat yang mengumpulkan maklumat data-data kewangan peribadi seseorang individu atau syarikat seperti perintah saman, notis kebankrapan dan perintah muflis. Kesemua maklumat ini diambil dan diletakkan ke satu pengkalan data untuk tujuan semakan, samada daripada pihak bank (yang memang selalu pakai CTOS ini) mahupun individu perseorangan.

CTOS biasa dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.

CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.

Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.

Semakan Data CTOS

Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:
CTOS Sdn. Bhd Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-27708833 Fax: 603-27708834
Laman web : http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/home.htm



Kini CTOS Sdn. Bhd. sudah mula membangunkan laman web online khas kepada individu mahupun syarikat untuk membuat semakan sendiri atau “Self-Check” CTOS dengan mendaftar di laman yang disediakan. Berikut di bawah kami tunjukkan cara-cara mendaftar untuk membuat semakan CTOS dan mendapatkan report atau penyata CTOS anda secara online.

Pergi ke https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/Welcome? 


Untuk memulakan pendaftaran anda, sila klik pada “Register CID”

CTOS service centre juga boleh membantu anda:

(1) mendapat customer training
(2) memperbetulkan maklumat salah disebabkan kesilapan dalam sistem
(3) merekodkan settlement hutang lama dalam sistem

Cara Semak CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)
Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.

Sistem CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.

Bagaimana cara untuk semak laporan kredit CCRIS?

Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.

1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

Bagi anda yang pertama kali hendak pergi ke Bank Negara Malaysia, diberikan panduan mudah untuk anda ke sana:
*Bangunan Bank Negara adalah bertentangan dengan Bangunan DBKL (berdekatan Dataran Merdeka). 


*Anda perlu melalui bulatan di belakang dataran yang menghubungkan Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu.
*Dalam bulatan tersebut, ikut arahan papan tanda ke Jalan Sultan Salahudin dan pergi ke arah Stesen KTM Bank Negara. 


*Pintu masuk adalah berdekatan selepas stesen komuter Bank Negara dan seterusnya masuk ke kanan.
*Selepas masuk gate bank negara, jalan terus sampai ke hujung. Jangan ikut arah “parking” selepas gate, sebab kiosk semakan CCRIS adalah di Block D, iaitu dihujung sekali betul-betul di pintu keluar.

Apabila anda masuk ke Bank Negara, teruslah pergi ke CCRIS Kiosk yang disediakan. Tidak perlu untuk ambil nombor giliran atau ke mana-mana kaunter. Hanya masukkan MyKad anda dan terus cetak. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA!

Anda juga boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di laman web mereka:
creditbureau.bnm.gov.my
+

Kiki 'Peugeot CDM25' Kena Denda RM5,000, Kerja Komuniti 240 Jam





Kiki (kanan) naik berang selepas keretanya dilanggar oleh seorang warga emas.


KUANTAN: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini Selasa.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.

Tindakan ganas Kiki membuli Siak Heong atau Uncle Sim itu selepas warga emas berkenaan secara tidak sengaja melanggar keretanya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, Facebook, Twitter dan You Tube, wanita itu dilihat mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta milik Uncle Sim.

Aksi Kiki mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap biadap itu.
+

Uncle Sim Sudah Maafkan Pemilik Kereta Peugeot CDM25



Uncle Sim menunjukan kesan kemek di keretanya akibat dipukul wanta berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng.



Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.







Kiki Kamaruddin, pemilik kereta Peugeot CDM25 yang terlibat dengan satu kemalangan kecil dengan Uncle Sim.







Video kemalangan kecil antara kereta Uncle Sim dan Kiki telah menjadi viral petang semalam.





Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
+

Gambar Pemilik Peugeot CDM25 'Samseng Kampung Dusun'









Inilah gambar Kiki Kamaruddin, pemilik kereta Peugeot CDM25 yang memaki hamun dan memukul kereta seorang lelaki tua dengan “steering lock”.


Beberapa jam lepas kata kunci atau keyword “CDM25″ dan “Steering Lock” menjadi trending di laman sosial facebook dan twitter. Keadaan ini berlaku ekoran daripada sebuah video “wanita mengamuk kereta dilanggar” yang telah dimuatnaik di laman sosial.

Video yang berdurasi 2 minit 23 saat itu menunjukkan aksi seorang wanita memaki hamun dan memukul kereta lelaki tua dengan “steering lock”. Wanita itu dikatakan berang dengan lelaki tua berbangsa cina yang melanggar kereta barunya lalu bertindak di luar jangkaan dengan mengetuk bonet depan kereta.







Walaupun hanya sedikit sahaja keretanya tercalar akibat pelanggaran kecil itu, tetapi kerana berang wanita itu sanggup menghentak “steering lock” di atas bonet depan kereta lelaki tua itu.












Kereta Peugeot CDM25 tersebut di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.








Ekoran daripada tersebarnya video “wanita mengamuk kereta kereta dilanggar”, ramai masyarakat di Malaysia mula menghentamnya di laman sosial. Mengikut komen yang diteliti di laman sosial ada pengguna laman sosial berkata akaun peribadi facebook, nombor telefon wanita ini mula ditutup. Mungkin kerana malu atau tertekan dengan kecaman ramai pihak.








Ini adalah beberapa keping gambar atau wajah sebenar pemilik kenderaan jenis Peugeot 208 CDM25. Melihat kata-kata pujangga dari gadis ini boleh membuatkan anda “tidak kering gusi”.















Saksikan video yang berdurasi 2 minit 23 saat itu menunjukkan aksi seorang wanita memaki hamun dan memukul kereta lelaki tua dengan “steering lock”.





+

Sharifah Aini Best Remembered For Her Melodious Voice




Her legacy remains evergreen, and the kind-hearted and
good-natured as well as dedicated artiste will be fondly remembered by
her fans.




KUALA LUMPUR: Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar is best remembered for her melodious voice and her signature tunes that have tugged at the heartstrings of music fans from all walks of life.

Fans of this songstress would recall her memorable renditions of the haunting Seri Dewi Malam’ and ‘Hapuslah Airmatamu’.

Born in Johor Baru to Syed Jaafar Syed Sahil and Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas, Sharifah Aini or fondly known as Kak Pah was raised by her grandparents at Kampung Majidee.

Her singing talents was first discovered after she won a singing competition in Singapore called Bintang RTS in 1968, where she amazed judges with her beautiful rendition of 'Tiga Malam'.

In 1969, she signed a singing contract with recording company, EMI and continued to stay with them for 38 years.

Sharifah Aini's debut album titled, "Seri Dewi Malam" became an instant hit and received recognition from music critics in Malaysia, Singapore and Brunei.

Her legacy remains evergreen, and the kind-hearted and good-natured as well as dedicated artiste will be fondly remembered by her fans.

After she has carved a name as a singer, Sharifah also made a name as an in various films including 'Hapuslah Airmatamu', 'Sumber Ilhamku' and 'Bintang Pujaan'.

In 2003, Sharifah Aini who is the second artiste to receive the rare title of Biduanita Negara after Saloma, was honoured with the Panglima Jasa Negara award which carries the title "Datuk" for her vast contribution to the country's music indutry.

She was regarded one of the pioneers who had made the country proud with her perseverance and persistent and successfully collaborated with some of the country's heavyweights including Sudirman Arshad, Latiff Ibrahim as well as Indonesia's Broery Marantika.

Throughout her singing career, she recorded a whopping 93 albums including seven English albums.



-New Straits Times
+

'Rania' Nama Islam Felixia Yeap




Felixia Yeap berasa lebih tenang selepas memeluk Islam secara rasmi.  






Bekas model majalah dewasa Playboy, Felixia Yeap berkata beliau kini berasa lebih tenang apabila bertemu “jalan pulang” selepas memeluk Islam secara rasmi.

Yeap, 28, dalam tulisan di blognya felixiayeap.blogspot.com berkata, beliau mengucap kalimah syahadah di hadapan empat orang saksi dalam satu majlis tertutup hari ini.

Beliau bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk Islam selepas pencarian selama bertahun-tahun itu direstui oleh ibunya.

Walau ada yang menyokong, tidak kurang juga yang sangsi dan memberi reaksi negatif ke atas tindakannya itu, katanya lagi.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan, bantahan, makian, sindiran, fitnah, penyisihan, tekanan.

"Tetapi syukur Alhamdulillah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat. Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulisnya.

Tak bimbang disisihkan

Yeap berkata, beliau tidak bimbang untuk mengumumkan keputusannya memeluk Islam - tidak seperti individu lain yang terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan keluarga.











Felixia Yeap bertemu “jalan pulang” selepas memeluk Islam secara rasmi.



"Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui," tulisnya.

Yeap, yang meraih populariti melalui kemunculan di majalah Playboy pada tahun 2010 berkata beliau mula tertarik dengan Islam selepas memperaga pakaian muslimah untuk satu sesi fotografi.

Sejak enam bulan lalu, beliau tampil dengan imej bertudung – satu perubahan yang menarik perhatian ramai.

Wanita kelahiran Ipoh itu mendedahkan, beliau sejak itu juga sudah mendalami ilmu agama Islam.

Mengulas lanjut, Yeap berkata beliau kini lebih selesa dengan nama “Rania” dan merancang untuk membuka perniagaan menjual pakaian untuk golongan muslimah sepertinya.
+

Perompak 'Angau' Tawarkan Diri Untuk Jadi kekasih





 Razak dan ahli keluarga terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak.





BANDAR BAHARU, KULIM – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila. 

Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal pagi semalam, menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki.

Gadis dikenali Nurul, 24, penuntut sebuah universiti berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.

Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.

“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya, dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual, hampir satu jam juga kami berbual.

“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai
topeng,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK), Abdul Sukur Ahmad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.

Selain wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 turut dilarikan kumpulan itu.

Nurul berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil.

Katanya, tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.

“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan.

“Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah  mereka sekiranya saya diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa dikenali Razak, 35, tidak menolak kemungkinan, kumpulan lelaki itu merupakan orang tempatan.

“Saya percaya mereka memecah masuk rumah kami melalui salah satu pintu belakang rumah dan melarikan diri dengan meredah semak-samun di belakang rumah, ini kejadian pertama berlaku di rumah ini.

“Apa-apapun saya bersyukur, semua ahli keluarga selamat walaupun ada antara mereka ugut akan memperkosa adik ipar saya sekiranya melawan,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, jurucakap polis ketika ditemui mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Abdul Sukur menegaskan, PSKK menawarkan kesediaan untuk membantu polis dalam mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan Kampung Permatang Pasir terutama pada waktu malam.

OLEH KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
+

Lelaki Bunuh Isteri Dan Dua Anak Sebelum Tonton Perlawanan Piala Dunia




Gambar Carlo Lissi (kiri) dan isterinya Cristina Omes yang dipaparkan di laman Facebook milik ibu kepada dua anak itu.




SEORANG peminat bola sepak didakwa mengelar leher isteri dan dua anaknya sebelum ke pub untuk menonton perlawanan Piala Dunia antara England dan Itali bersama rakan-rakannya.

Mayat Cristina Omes, 38, dan anak-anaknya, Giulia yang berusia lima tahun dan Gabriele, 20 bulan, ditemui di kediaman mereka di kawasan perumahan di Motta Visconti, dekat Milan.

Kesemua mayat mereka ditemui dengan kesan kelar di leher serta beberapa kesan tikaman, menurut beberapa laporan di Itali.

Perunding komputer, Carlo Lissi didakwa melakukan tiga pembunuhan.

Lissi memberitahu penyiasat bahawa dia membunuh isterinya terlebih dahulu diikuti dengan dua anaknya pada lewat malam Sabtu (waktu tempatan).

Dia kemudiannya meninggalkan rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam untuk menonton perlawanan Piala Dunia bersama rakan-rakan.

Menurut sumber polis, dia membuang senjata yang digunakan untuk membunuh isteri dan kedua-dua anaknya di sebuah lubang konkrit ketika dalam perjalanan.

Dia kemudiannya kembali pulang ke rumah selepas pukul 2 pagi untuk 'mencari' mayat, dan menghubungi polis.

Peti keselamatan di rumah lelaki itu terbuka dengan sejumlah kecil wang dilaporkan hilang, tetapi pasukan penyiasat memfokuskan motis mengenai pembunuhan bayi itu, sumber memberitahu media Itali.

Kekurangan senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu menyebabkan mereka menolak pembuhan itu disebabkan oleh ibu muda itu yang membunuh diri.

Lissi dikatakan memberitahu polis bahawa dia mengakui melakukan tiga pembunuhan ngeri itu kerana dia menyintai wanita lain. - mirror.co.uk
+

Kisah Polis Trafik Koyak Duit Rasuah











Imej polis trafik sentiasa mendapat persepsi yang negatif di mata rakyat. Dipendekkan cerita, polis trafik gemar menerima rasuah dari pengguna jalan raya yang tidak mahu di saman.

Terus terang penulis katakan, pernah sekali dua tiga kali dijemput menghadiri ceramah/seminar integriti anjuran blablabla, di waktu 'break' 5 minit (untuk bagi peluang lelaki merokok), acapkali ditayangkan video polis trafik menerima rasuah. Rasanya, pembaca sendiri pernah menonton video tersebut.

Tetapi hari ini, lain pula ceritanya. Polis trafik kini juga adalah manusia, manusia yang mampu mengubah diri mereka daripada terus dihina oleh golongan-golongan yang anti polis trafik.

Baca kisah Polis Koyak duit rasuah di bawah:
Dari FB Aripin Alif

Aku yang kena saman, aku yang kena ambik gambar. Saman tetap saman, rasuah jangan ambik. hidup aku bayar saman aje lah.

LOKASI : KM40.6(U) L/RAYA U/S
MASA : 1240

Antara dialog nya lepas aku kena tahan:

POLIS : I/C & lesen! Bro, kau tengok sini polis koyak duit rasuah.

APEK : Encik, saya mintak maaf. Saya tahu saya salah.

POLIS : Eh, lu ingat gua bodoh ke? Lu bagi gua duit, lepas tu lu rakam lu nak masuk kan dalam fb? lu ingat polis sekarang macam polis dulu ke? makan duit haram, makan rasuah? polis sekarang gaji da besar!!

APEK : Encik, saya mintak maaf encik, saya tahu saya salah.

POLIS : lu da rasuah gua lu baru nak mntak maaf? dari tadi tak nak mntak maaf? dia buat salah, awal2 mintak maaf!! (aq lah). Bro, lu ade fb?? ade hp?? ade camera??

AKU: Ada3!!

POLIS : lu ambik gambar, lu masuk kt fb, lu cerita. dia ni nak jatuhkan melayu, nak cerita kat org, polis melayu makan rasuah. aku nak kau janji dengn aku, kau masuk kan dalam fb. cerita kat org. kita kena pertahankan bangsa melayu, jangan asyik nak kena tindas je dgn rasuah!! nah, saman kau.

AKU : saman jugak ke encik?

POLIS : aah.bro, kau janji dengan aku tau??

AKU : yelah, gerak dulu.

POLIS : hati2 bro.

arahan,

KPL153680
UNIT20
EMPV LINKEDUA
TRAFIK B.AMAN
















Nak merasuah lagi? Fikir dua tiga kali ye. Polis trafik pun boleh berubah. SHARE kisah menarik ini di wall Facebook korang.

p/s: part "saman juga ke encik?" tak boleh blah.. haha!

Kredit Sumber: My Media Hub
+

Manfaat Ganja Untuk Tujuan Perubatan




Kata carian seperti cannabinoids, THC atau cannabis sativa di Greenmedinfo paparkan pelbagai kajian yang membayangkan ia sesuai diguna sebagai bahan rawatan.


SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu.

Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain.






 Minyak ganja dipercayai berupaya merawat kanser otak.



Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.

Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.




Kawal penggunaan

Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan.

Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.

Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.

Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.

Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya.

Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.

Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.

Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.

Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.

Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan.

Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.

Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.

Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan  penyakit tertentu.

Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.

Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit.

Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak

Kegunaan terapeutik

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm?

Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.

Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.

Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.

Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.

Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG. 

Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.

Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.

Oleh Dr. Bahrain Samah
+

Gambar-Gambar Kejadian Lans Koperal Polis Menembak Mati Isteri, Mertua Sebelum Bunuh Diri











  

LEDANG – Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri pernah menyatakan dia akan menembak seseorang sambil menunjukkan pistol dipinggangnya.

Perkara itu diberitahu abang iparnya Ezam Abdul Kadir, 34, ketika mereka bersembang pada hari raya bulan lalu.

Ezam memberitahu pemberita pada mulanya beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan adik iparnya itu tanpa mengesyaki apa-apa.

“Saya fikir dia mahu menembak penjenayah atau peragut. Saya tidak sangka dia benar-benar melakukan perkara itu,” katanya di rumah mayat hospital di sini.

Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 7.15 malam tadi itu, suspek bertindak menembak bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, di rumah bapa mentuanya di Jalan Sialang, Padang Lerek 1 di sini sebelum menembak dirinya sendiri.

Sebelum itu suspek dengan menggunakan Revolver .38 menembak isterinya Norakmal Abdul Kadir, 28, di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis, Segamat sebelum memandu kereta dengan membawa anak lelakinya yang berumur dua tahun ke rumah bapa mentua yang terletak kira-kira 90 kilometer dari situ.

Ezam berkata sebaik tiba di rumah bapa mentuanya, adik iparnya itu lalu masuk ke dalam rumah dan meminta beliau dan adik perempuannya Norzafira, 26 keluar dan meninggalkan dia bersama bapanya di ruang tamu.

“Sewaktu saya di dapur dan baru hendak menyuap kuih ke dalam mulut, saya terdengar bunyi letupan seperti bunyi mercun. Saya menjenguk ke luar tingkap dan saya dapati tiada sesiapa pun yang bermain mercun. “Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar dari dapur dan masuk ke ruang tamu dan ternampak ayah dan adik ipar saya terlentang berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata bapanya yang masih bernafas segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai dan meninggal sebaik tiba sementara adik iparnya itu mati di tempat kejadian.

Ezam mengakui hubungan antara suspek dengan isteri suspek agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.

“Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah,” katanya.

Sementara itu ibu mentua suspek Rogayah Alip, 62, berkata menantunya itu seorang yang pendiam dan jarang bercampur dengan anggota keluarga mereka.

Beliau berkata semasa kejadian, beliau baru tiba di rumah setelah keluar membeli barang keperluan dapur bersama salah seorang anak lelakinya Mohamad Syarazi, 25.

“Sebaik keluar dari kereta, makcik terdengar bunyi dua kali letupan. Ingatkan bunyi mercun tetapi makcik terkejut apabila anak perempuan makcik Norzafira yang sedang bermain dengan anak lelaki arwah menjerit apabila ternampak ayah dan abang iparnya terbaring dengan berlumuran darah di dalam rumah,” katanya.

Jenazah Norakmal dan Abdul Kadir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gontang, Tangkak selepas waktu maghrib manakala jenazah Fadzly dibawa pulang ke Felda Palong 3, Negeri Sembilan. -BERNAMA













Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri. 
























+

Gambar Lelaki Yang Belasah Isteri Dalam Lif




Inilah wajah suami durjana yang membelasah isterinya di dalam lif di depan anak-anaknya. (gambar kecil ialah isterinya yang menjadi mangsa belasahannya)





Panas, akhirnya gambar lelaki yang membelasah isterinya di dalam sebuah lif yang sedang hangat diperkatakan sekarang tersebar. Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Veterinar di Jerantut Pahang telah menggemparkan orang ramai apabila tergamak membelasah isterinya dengan kejam di dalam lif di depan anak-anaknya.

 
Sementara itu difahamkan lelaki terbabit telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang tadi. Perkara itu telah disahkan oleh Polis Pulau Pinang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana. "Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali. Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
+

Saya & Poligami





Gambar Dr. Zaharuddin Abd Rahman bersama kedua-dua isterinya.



(Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen)

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)

Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah:

a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.

Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434
+

Gambar Anak-Anak Dan Pekerja Dr. Vida Yang Terkorban Dalam Kebakaran Di Meru Hill, Ipoh





AL-FATIHAH..Gambar dua orang anak Dr. Vida yang meninggal dunia,
Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,10 (kanan) dan Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin,11.



 







AL-FATIHAH..Gambar Muhammad Nor Syamil Zaidi, 26 iaitu pekerja Dr. Vida yang turut terkorban dalam kebakaran tersebut.



Usahawan Produk Kecantikan Vida Beauty, Dato’ Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida redha dengan kehilangan dua anaknya ketika menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi.

Sambil menganggap arwah anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, sebagai anak-anak yang soleh, beliau sering berdoa semoga mereka dimasukkan ke syurga tertinggi.

"Mereka anak yang soleh dan setiap malam sejak saya bersama mereka ini, mereka selalu berdoa untuk dapat syurga tertinggi.

 "Memang mereka minta doa, ampun dosaku-ampun dosaku, ampun ibuku bagilah kami jadi anak yang soleh, bagilah kami jadi mudah masuk syurga tertinggi dan saya harap mereka berada di syurga tertinggi sekarang," katanya  kepada pemberita dengan nada sedih dan pilu di rumahnya  di Meru Hill, Bandar Meru Raya  hari ini.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie bersama-sama seorang pekerja Vida Beauty, Mohd Nor Syamil, 26, terkorban dalam satu kebakaran di rumah pekerja  di Meru Hill jam 9 malam kelmarin.


















PRIHATIN..Kelihatan Ahli Parlimen Tambun, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Adun Manjoi Mohamad Ziad Mohamed melawat lokasi kebakaran. 














 Suasana pilu ketika Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hamiza Osman atau dikenali sebagai Vida menyiram air mawar ke pusara kedua anak-anaknya yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh, Perak, Ahad lalu.



Menurut Dr. Vida memang menjadi harapannya supaya kedua-dua arwah anaknya itu cepat membesar dan menjadi pewaris generasinya tetapi Tuhan lebih menyayangi mereka.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat bertemu kedua arwah anaknya itu sebaik tiba di lokasi kebakaran dari  Pulau Pinang.
Menceritakan hubungan dengan anak-anaknya itu, beliau menceritakan  kali terakhir  membawa kedua-dua arwah melawat Negara China pada bulan Jun dan sebelum itu ke Jerman dan Perancis.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan  mengatakan bahawa kebakaran  di rumah pekerja  bersebelahan rumayhnya disebabkan pembakaran mercun.

Beliau menjelaskan semasa kebakaran itu, kedua arwah anaknya itu sedang bermain games dan beliau juga bersedia menunggu keputusan siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung punca kebakaran itu.

Dalam kejadian  kira-kira jam 9 malam kelmarin, tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty  berkenaan  di sini yang turut
memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Dr Vida yang sudah berpisah dengan suaminya mempunyai empat orang anak, Muhammad Eddie Zhudie, 11, Muhammad Edrie Zikrie, 10, Edlin Zamiun. 8, dan Eric  Zaquan.

Ketika kejadian, beliau berada di Pulau Pinang dan bergegas ke Ipoh sebaik sahaja mendapat berita itu.
+

Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Bebas Selepas Seminggu Di Penjara









KUALA LUMPUR – Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee menandatangani kertas pembebasan mereka di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat dan beredar dalam kereta yang berasingan selepas menghabiskan seminggu di penjara.

Diiringi oleh beberapa anggota polis, dan digari, kedua-dua mereka dilihat memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai pada Khamis lepas.

Alvin, berseluar jeans dan berpakaian baju warna merah terang, kelihatan marah, dan tersenyum sinis kepada jurugambar akhbar dan mereka yang berada di sekitar.

Vivian, bagaimanapun, kelihatan lemah dengan berpakaian baju merah jambu dan berseluar tiga suku warna hitam.

Tidak seperti Alvin, dia menyembunyikan muka di sebalik rambutnya.

Kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan dalam bilik mahkamah sewaktu mereka menandatangani bon jaminan.

Semasa berbual rancak, Alvin berpaling dan memberi senyuman sinis kepada sekumpulan jurugambar.

Pasangan ini pada mulanya enggan bercakap dengan pemberita, tetapi apabila ditanya bagaimana berada selama seminggu di penjara, Alvin tersenyum dan berkata “tidak buruk”.

Selepas prosedur pelepasan dilakukan, mereka diiringi oleh para peguam mereka untuk ke kereta, tergesa-gesa dimasukkan ke dalam kenderaan dan beredar secara berasingan.

Difahamkan bahawa ibu Tan yang membayar ikat jamin mereka pada Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

Hakim Mohd Azman Husin membenarkan diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Beliau membuat keputusan itu selepas menimbangkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan daripada Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran di bawah Seksyen 323 (1) Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman pada Khamis lepas. – mStar
+

Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee Tertunduk Malu Didepan Kamera















Pasangan seks murahan, Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya tertunduk malu dihadapan kamera para wartawan, walaupun sebelum ini mereka begitu ghairah menyebarkan aksi-aksi perhubungan intim mereka dalam media-media sosial dan blog.
 

KUALA LUMPUR 15 Julai - Pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang telah mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi), hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini pagi ini.

Kedua-duanya yang hadir tanpa peguam mahupun ditemani ahli keluarga atau rakan dilihat berjalan kaki memasuki pekarangan bangunan SKMM pada pukul 10.45 pagi.

Pasangan itu turut kelihatan terkejut apabila melihat sekumpulan wartawan daripada pelbagai agensi dan laman web sedang menunggu di situ, sehingga menyebabkan Vivian menutup muka bagi mengelak gambar mereka dirakam.

Alvin atau nama sebenarnya, Tan Jye Yee dan Vivian difahamkan telah dipanggil SKMM semalam, untuk memberi keterangan berhubung isu mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat-naik gambar hidangan bak kut teh dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan lengkap dengan logo halal.









Ketua Bahagian Penguatkuasaan Operasi SKMM, Zulkarnain Mohd. Yassin mengesahkan Alvin dan Vivian telah memberi keterangan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyalah guna kemudahan rangkaian sosial.

Katanya, selepas mengambil keterangan yang diperlukan, SKMM akan segera menyerahkan kertas siasatan itu kepada pejabat Peguam Negara (AG) minggu ini untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami akan cuba menyiapkan kertas siasatan berhubung perkara itu dalam tempoh dua atau tiga hari lagi. Namun setakat ini kami tidak dapat jangka berapa panjang keterangan yang perlu diambil.

"Kami juga sedar perkara ini mendapat perhatian ramai namun berharap siasatan tidak diganggu dengan pelbagai spekulasi," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan pejabat SKMM di sini hari ini.

Petugas media yang menunggu di pekarangan pejabat SKMM sejak pagi ini melihat pasangan itu keluar menaiki sebuah kereta pukul 9.30 malam ini.

Ditanya tentang kerjasama dengan pihak polis berhubung kes itu, Zulkarnain berkata, SKMM sedia bekerjasama namun siasatan pihaknya akan diserahkan kepada AG terlebih dahulu.

"Mungkin polis mempunyai perkara berbeza dalam siasatan kes ini dan pendakwaan mengikut Kanun Keseksaan. Tetapi kami akan bersama-sama untuk membantu cuma siasatan SKMM akan diserahkan kepada AG dahulu," katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah melaporkan kepada pihak Facebook supaya mengambil tindakan dengan menutup laman sosial milik pasangan berkenaan.

Difahamkan, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Alvin dan Vivian berdepan dengan hukuman penjara selama satu tahun atau denda RM50,000.


+